Wednesday, 15 October 2014

Top 5 Indie Band Malaysia mengikut carta aku sendiri!!!!

Top 5  Indie Band Malaysia mengikut carta aku sendiri!!!!

   1)      Bunkface

Kumpulan kugiran yang dianggotai oleh 3 anak muda dari Klang iaitu Sam sebagai Vokalis dan rhythm, Paan sebagai Lead gitar dan Youk sebagai Bass gitar . Aliran music yang mengancam  dengan membawa genre “Pop Punk Rock” bak kata Sam. Lagu Situasi adalah lagu Melayu pertama meraka dan melonjakkan nama mereka kepuncak sehingga amat dikenali sampai sekarang. Slange Uk Sam adalah salah satu penarik kepada penggemar Music indie Malaysia. Peminat Bunkface dikenali sebagai Bunkers

   2)      Bittersweet
Band ni berasal dari Ipoh Perak. Mereka dianggotai oleh Fizan sebagai Vokalis, Herri Lead gitar, Moon Bass Gitar dan Emai Keyboard. Ni kalau tak silap aku line up tebaru mereka.  Mereka bermula dalam bidang kuguran ni start dari tahun 2004 dah  kira otai lah jugak dalam aliran Music Indie kat Malaya nih. Lagu yang popular mereka ialah Capital E. Siapa tak tahu lagu nih memang ak tak tau nk cakap la. Lagu ni pernah menajadi siolan anak-anak muda Malaysia untuk jamming.

   3)      Butterfingers
 
Kumpulan ini dianggotai oleh 4 anak muda iaitu Emmett (Emmett Roslan Ishak) yang bertindak sebagai  lead vocals, rhythm guitar, violin, ukulele, Loque (Khairil Ridzwan Anuar) – lead guitar, vocals, keyboard, piano, samples, Kadak (Mohd Fakharudin Mohd Bahar) – bass dan Loko (Noor Haffizal Rashid) – drum, percussion.  Mereka membawa aliran music bergenre Grunge mereka mempunya banyak lagu berbahasa Inggeris. Namun begitu mereka tidak lupa mencipta lagu dalam Bahasa Melayu antara lagu berbahasa Melayu  ialah  Bebas, Maharani, Mati hidup Kembali dan lain-lain.

   4)      The Times
Seterusnya ialah band The Times yang ditubuhkan pada tahun 2004. Ditubuhkan pada 31 Ogos 2004 oleh dua orang adik-beradik, Natazar dan Mono. Ahli kumpulan yang menyusul kemudian ialah Alem (pemain gitar utama), Hamzah (pemain gitar kedua),Nazreen (keyboard) dan Irfan (drum). Membawakan muzik yang bercitarasakan 60's british Mod/rock and roll. Antara lagu mereka yang popular adalah "Nostalgia Curang Rock n Roll", "Pesona Algebra", "Gadisku Dalam Koma" iaitu lagu dari album pertama mereka Soda Pop Rok 'N' Roll. Album Ini telah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik Malaysia iaitu 'Artis Baru Terbaik' Pada tahun 2005. Music – music mereka dipengaruh band-band luar seperti antaranya The Bettles, Sex Pistols, The Who, The Clash dan The Jam.

   5)      Hujan
Hujan ialah kugiran indie rock alternatif di Malaysia yang terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas dan Azham Ahmad sebagai ahli asal.[4] Bekas ahli kumpulan termasuk ahli baru merupakan Nazeri Nazirul, Azhar Imran dan Izzat Huzaini. Walaupun kugiran ini lebih dikenali membawa aliran rock alternatif, namun mereka juga turut menghasilkan pelbagai jenis genre di industri muzik Malaysia. Peminat Hujan dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama band ke dalam Bahasa Inggeris iaitu 'rain'. Antara lagu yang popular dan sering meniti di bibir mulut penggemar music tanah air yang dibwakan oleh hujan ialah Bila Aku sudah Tiada, Mencari Kongklusi, Jiwa Kelajuan dan Pagi Yang Gelap.
Ok sekian dulu citer aku pada post ni. Minat masing-masing citarasa lain-lain jadi aku mintak maaf atas segala kekurangan.. heheheh

Monday, 13 October 2014

Impian Ku Sebelum Mati

Aku bermula agak kelam 
Dalam gelapnya hitam
Bermusafir jauh mencari Ilmu
Tersilap langkah mengundang malu

Tersadung dalam tona kehinaan
mengumpul lumpur ditangan
ku percik ke muka bonda
tersimbah pula di wajah ayahanda

maafkan anakmu ayahanda
di kampungmu, ku jatuhkan aib ayahanda
tidak pernah ku duga aku tergamak
teragamak mencantas nama baik mu disana

aku terbuang bersama nakal ku
aku teperosok mengumpul sedih
ku tinggalkan teman disana
ku cuba bina hidup baru bersama teman lamaku

di sini aku mengorak langkah baru
terdetik setiap saat aku untuk menutup semula aib mu
ingin aku banggakan mu walau sekali , ingin ku buktikan
namun aku masih lalai walau ku cuba berubah
sekali lagi aku jatuh,
benda ku harap musnah
aku kecewa lagi, aku derita lagi
aib ayahanda bonda masih belum tertampal

tapi aku berjanji akan ku buktikan
akan aku tampal luka lama biar parutnya
membenih kegembiraan
walau agak payah ku gagahi juga
dalam nafas tersendu menahan lelah
penat jerih demi untuk mu ayah ibuku

mungkin suatu hari nanti,
mungkin itu hari terakhir ku
datanglah engkau disini melawat penaku
biarlah kau tahu siapa aku anakmu
sesungguhnya aku sangat menyanyangimu
maafkan aku jika impianku untuk mu tidak tecapai

khas untukmu
--ayahandabonda-