Friday 7 November 2014

Video Yang Kami Hasilkan Untuk Kursus Kesusasteraan Dalam Multimedia (BBK 3408)

BBK 3408 : Kesusastera Dalam Multimedia
Sekadar untuk tatapan rakan-rakan semua.
Hasil kerja kami dari Kumpulan Success Young Generation (S.Y.G Production)
Sebab benda-benda macam ni lah perkara paling berharga untuk dikenang pada masa akan datang
seperti kata-kata yang dipetik kat sebuah akaun Twitter @Pehal_Sentap

Ada benda yang tak akan mati, walaupun aku mati.
Apa? *Kenangan*

No.1

No.2

No.3

No.4



No.5
No.6
No.7

No.8
mungkin ada lagi video yang akan menyusul selepas ini.. aku akan update jika diberi kesempatan lagi oleh Allah S.W.T In Shaa Allah

Band Indie Kegemaran Aku

Saja jer boring-boring  update blog yang dh bersawang nih!!
kerja lain memang bertambun tak terbuat tp ade plak mase mase boring
bukan sebab boring sgt sebenarnya strees ngan Projek Ilmiah Tahun Akhir yang tak terbuat2 lagi...huhuhuh

Ok let start

Band Uk yang paling aku minat dah confirm lah Arctic Monkeys yang berasal dari Sheffield. Hehe bukan sebab Alex Turner yang hensem saja. Tapi memang aku minat sebab lagu-lagu diorang ni memang gempak lagu slow and steady tp agak cepat dan laju sebutannya. Huhuhu peminat AM ja tahu mcm mana syoknya layan Lagu diorang nih hehehe nah cuba dengar satu lagu diorang aku belanja.. kalu tak minat jangan nak kutuk lerrr sbb korang punya cita rasa sendiri aku tak pernah nafi..heheh minat masing-masingkan.. setiap orang berbeza pandangan dan minat so kita perlu menikmati kehidupan ini dengan nikmatna selagi tidak menyalahi syarak..hehehe 

ni lagu Am antara yang paling feberet buat aku..heheh enjoy ya guys!!!


Band kedua ialah The Strokes. band ni mempunya agak ramai fan kat Malaysia ni. boleh dikatakan semua penggemar Indie band kat Malaya ni tahu nama band The Strokes nih.. huhuhu sebab diorang nih memang legend Indie. The Strokes ni sebuah band yang berasal dari New York yang ditubuhkan pada 1998 lagi. Antara lagu yang popular yang aku minat ialah Take It or Leave It. yang dikeluarkan pada tahu 2001.. band The Strokes ni banyak mendapat anugerah jgk la kat International.. Jom layan lagu diorang aku belanja hahahaha





Band seterusnya yang ak agak minat ialah The Libertines. sebuah band dari UK jgk. Pernah popular dengan lagu Time For Heroes, Cant Stand Me Now, Dont Look Back Into The Sun dan lain-lain lagi.
Ini band jaga popular di Malaya hehehe... Peter Doherty, Carl Barat dan rakannya mengangotai band ini yang memang gempak gila bagi peminat2 mereka hehehe nah kasi dengar ini band skali





Band seterusnya ialah Oasis aku bagi title band otai lah.. diangotai oleh Neol dan Liam Gallanger bersama rakan-rakan yang lain.. Aku tak nak komen banyak tentang band nih.. Takot pula ada orang marah sbb band nih memang otai lah,,heheheh let cekedototot layan lagu diorang ni aku bagi lagu Wonderwall kalau nk dengar lagu-lagu diorang yang lain boleh lerr ke youtube.com




Band terakhir yang aku nk citer sini ialah The Vaccines. Malas dah aku nk tulis panjang-panjang kalau korang main Pes a.k.a Pro Evolution Soccer 2012 dengar sound track diorang memang korang tahu la lagu diorang ni memang sedap.. Lagu itu ialah If You Wanna. Nah kalau korang tak ingat lagu yang mana aku bagi korang dengar dari youtube nih.




huhu sekian dulu lah bual kosong aku pade sesi kali ini.. ade lagi sebenarnya band2 yang aku minat tapi yang nih antara yang top dalam pendengaran aku hehehe... Assalamualaikum 

Wednesday 15 October 2014

Top 5 Indie Band Malaysia mengikut carta aku sendiri!!!!

Top 5  Indie Band Malaysia mengikut carta aku sendiri!!!!

   1)      Bunkface

Kumpulan kugiran yang dianggotai oleh 3 anak muda dari Klang iaitu Sam sebagai Vokalis dan rhythm, Paan sebagai Lead gitar dan Youk sebagai Bass gitar . Aliran music yang mengancam  dengan membawa genre “Pop Punk Rock” bak kata Sam. Lagu Situasi adalah lagu Melayu pertama meraka dan melonjakkan nama mereka kepuncak sehingga amat dikenali sampai sekarang. Slange Uk Sam adalah salah satu penarik kepada penggemar Music indie Malaysia. Peminat Bunkface dikenali sebagai Bunkers

   2)      Bittersweet
Band ni berasal dari Ipoh Perak. Mereka dianggotai oleh Fizan sebagai Vokalis, Herri Lead gitar, Moon Bass Gitar dan Emai Keyboard. Ni kalau tak silap aku line up tebaru mereka.  Mereka bermula dalam bidang kuguran ni start dari tahun 2004 dah  kira otai lah jugak dalam aliran Music Indie kat Malaya nih. Lagu yang popular mereka ialah Capital E. Siapa tak tahu lagu nih memang ak tak tau nk cakap la. Lagu ni pernah menajadi siolan anak-anak muda Malaysia untuk jamming.

   3)      Butterfingers
 
Kumpulan ini dianggotai oleh 4 anak muda iaitu Emmett (Emmett Roslan Ishak) yang bertindak sebagai  lead vocals, rhythm guitar, violin, ukulele, Loque (Khairil Ridzwan Anuar) – lead guitar, vocals, keyboard, piano, samples, Kadak (Mohd Fakharudin Mohd Bahar) – bass dan Loko (Noor Haffizal Rashid) – drum, percussion.  Mereka membawa aliran music bergenre Grunge mereka mempunya banyak lagu berbahasa Inggeris. Namun begitu mereka tidak lupa mencipta lagu dalam Bahasa Melayu antara lagu berbahasa Melayu  ialah  Bebas, Maharani, Mati hidup Kembali dan lain-lain.

   4)      The Times
Seterusnya ialah band The Times yang ditubuhkan pada tahun 2004. Ditubuhkan pada 31 Ogos 2004 oleh dua orang adik-beradik, Natazar dan Mono. Ahli kumpulan yang menyusul kemudian ialah Alem (pemain gitar utama), Hamzah (pemain gitar kedua),Nazreen (keyboard) dan Irfan (drum). Membawakan muzik yang bercitarasakan 60's british Mod/rock and roll. Antara lagu mereka yang popular adalah "Nostalgia Curang Rock n Roll", "Pesona Algebra", "Gadisku Dalam Koma" iaitu lagu dari album pertama mereka Soda Pop Rok 'N' Roll. Album Ini telah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik Malaysia iaitu 'Artis Baru Terbaik' Pada tahun 2005. Music – music mereka dipengaruh band-band luar seperti antaranya The Bettles, Sex Pistols, The Who, The Clash dan The Jam.

   5)      Hujan
Hujan ialah kugiran indie rock alternatif di Malaysia yang terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas dan Azham Ahmad sebagai ahli asal.[4] Bekas ahli kumpulan termasuk ahli baru merupakan Nazeri Nazirul, Azhar Imran dan Izzat Huzaini. Walaupun kugiran ini lebih dikenali membawa aliran rock alternatif, namun mereka juga turut menghasilkan pelbagai jenis genre di industri muzik Malaysia. Peminat Hujan dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama band ke dalam Bahasa Inggeris iaitu 'rain'. Antara lagu yang popular dan sering meniti di bibir mulut penggemar music tanah air yang dibwakan oleh hujan ialah Bila Aku sudah Tiada, Mencari Kongklusi, Jiwa Kelajuan dan Pagi Yang Gelap.
Ok sekian dulu citer aku pada post ni. Minat masing-masing citarasa lain-lain jadi aku mintak maaf atas segala kekurangan.. heheheh

Monday 13 October 2014

Impian Ku Sebelum Mati

Aku bermula agak kelam 
Dalam gelapnya hitam
Bermusafir jauh mencari Ilmu
Tersilap langkah mengundang malu

Tersadung dalam tona kehinaan
mengumpul lumpur ditangan
ku percik ke muka bonda
tersimbah pula di wajah ayahanda

maafkan anakmu ayahanda
di kampungmu, ku jatuhkan aib ayahanda
tidak pernah ku duga aku tergamak
teragamak mencantas nama baik mu disana

aku terbuang bersama nakal ku
aku teperosok mengumpul sedih
ku tinggalkan teman disana
ku cuba bina hidup baru bersama teman lamaku

di sini aku mengorak langkah baru
terdetik setiap saat aku untuk menutup semula aib mu
ingin aku banggakan mu walau sekali , ingin ku buktikan
namun aku masih lalai walau ku cuba berubah
sekali lagi aku jatuh,
benda ku harap musnah
aku kecewa lagi, aku derita lagi
aib ayahanda bonda masih belum tertampal

tapi aku berjanji akan ku buktikan
akan aku tampal luka lama biar parutnya
membenih kegembiraan
walau agak payah ku gagahi juga
dalam nafas tersendu menahan lelah
penat jerih demi untuk mu ayah ibuku

mungkin suatu hari nanti,
mungkin itu hari terakhir ku
datanglah engkau disini melawat penaku
biarlah kau tahu siapa aku anakmu
sesungguhnya aku sangat menyanyangimu
maafkan aku jika impianku untuk mu tidak tecapai

khas untukmu
--ayahandabonda-